Sefirosu

Is that the best you can do?Come and try..

Wednesday, July 6, 2011

Saya anak Malaysia!

Pada hari ini,di sekolah,pada waktu sivik merangkap waktu keempat untuk hari ini,saya dan rakan2 telah ditempatkan di makmal komputer,kami sebagai anak2 kurun ke-21,mengambil keputusan untuk berinternet.Saya telah mengesyorkan blog seseorang kepada rakan2 dikelas.Ketua kelas saya yang bernama Miss XXXX sangat berminat dan katanya "aku rase aku dah jatuh cinta dengan blog dia".Maka saya hanya ketawa dan terbangga.Jika anda perasan,saya yang batak ber'speaking' dalam blog selama ini telah memilih untuk bermadah dalam bahasa melayu hari ini.Ternyata pengaruh yang disebarkan oleh HAMBA ALLAH itu sangat kuat.Tidak saya nafikan,sesungguhnya hati saya sudah lama tertarik dengan HAMBA ALLAH ini.Kulitnya yang sawo matang dan giginya yang sedikit mancung sangat menarik perhatian saya setiap kali dia bersukan di tapak perhimpunan di sekolah.*malu2.
Walaubagaimanapun,saya hanya tertarik dengan perwatakan dia di blog yang sangat sangat sangat sangat jauh bezanya dengan penampilannya.Memandangkan kami tidak mengenali satu sama lain dengan lebih baik,(atau BELUM lagi),saya mengambil keputusan untuk tidak menegur atau meng'poke' dia di alam nyata mahupun alam maya.
Hari ini saya telah mengambil makan tengah hari yang sangat sangat banyak*Oh tuhanku!
Selain dari makan tengah hari yang banyak,sesuatu yang boleh dikatakan menyakitkan hati+terkejut besar+tak percaya telah berlaku.Begini ceritanya,ketika saya yang kepenatan,sakit kaki,lapar,dan niat hati yang hendak pulang secepat mungkin sedang berjalan menuju pagar sekolah,saya telah ternampak makhluk bernama Mirza,kawan baik saya,kemudian saya mendekati Mirza dan berbual-bual kosong.Tiba2 saya terlihat akan budak form3 yang saya kenali,kami menge'hai' sesama sendiri.Ayat pertama yang dikeluarkan dari mulut budak itu membuatkan saya terduduk walaupun masa tu dah duduk.Budak itu berkata "Hye madu ********".Saya telah dikatakan madu kepada seseorang bernama WANITA.Saya menjadi terkejut dan panas hati kerana saya faham maksud budak itu.Saya cuma tersenyum kambing sambil memandang Mirza dengan pandangan yang bermaksud "Mampus aku!" atau "D'OH!".
Sekian,wasalam.

No comments:

Post a Comment