Sefirosu

Is that the best you can do?Come and try..

Saturday, July 16, 2011

Hidup dan kehidupan.

Tu diaa,nampak tak title post nie?NAMPAK TAK??hahah,macam pujangga pulak rasa haa.
Sebermulanya kisah di blog aku yang tak seberapa ni,dan yang tak ada kene mengena dengan tajuk ni,mengisahkan tentang si AKU,dan si SEKOLAH.

Dah dua minggu berturut2,aku menggalas tanggungjawab,ke hulu dan hilir,memanggil ahli rumah kuning dan pengakap di setiap kelas,penatnye,Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui tau.Berbekalkan homework yang gentlebaiktampan punya banyak,dan kerja2 yang melibatkan aktiviti fizikal,maka sepanjang dua minggu tu,badan aku menjadi sakit2,sengal2 selama seminggu ditambah dengan selsema secukup rasa.

Dalam minggu kedua tu,ada acara tarik tali,di Semi-final-ke-2,rumah kuning telah kalah.Aku tak kisah kalah atau menang sangat,aku terima ketentuan Ilahi,tapi aku sangat bersimpati dengan kesakitan setiap pemain yang aku tahu sudah berusaha sedaya dan seupaya.*Rasa mcm tgh perang pulak.Kemudian aku mengambil keputusan untuk menge'post' kata2 pujian dan menyedapkan hati untuk setiap pemain di 'dinding' Facebook mereka.Alhamdulillah mereka juga menerima keputusan dengan hati terbuka.Setakat ni tak ada yang mengambil keputusan untuk terjun bangunan,minum racun tikus,atau membahayakan diri lagi.

Pada hari Sabtu,merangkap semalam,aku dan majoriti budak tingakat 4,telah pergi melawat Pusat Kesenian Islam dan Muzium Negara.Manakala,ahli pengakap yang juga terdapat sebahagian pelajar tingkatan 4 telah menjalani kem pengakap yang nampak membosankan,tapi sekurang2nya mereka mendapat dua lencana,anda ada?
Sekian sahaja laporan untuk kali ini,saya Nurul Amalina Binti Kamal melaporkan dari Rumah.Wasalam.

No comments:

Post a Comment