Sefirosu

Is that the best you can do?Come and try..

Wednesday, August 24, 2011

ADII.

Apakah itu ADII,atau siapakah itu ADII?Biarlah Tuhan yang Maha Mengetahui sahaja yang mengetahui.ADII merupakan SEORANG bukan SESUATU.ADII seorang remaja lelaki yang normal dari luaran tetapi sangat abnormal atau lebih 'cambest' dikatakan luar biasa dari dalaman.ADII merupakan manusia yang mengembalikan rasa cinta saya untuk menge'post' blog saya dalam bahasa Melayu.Tanpa disedari dan tanpa paksaan atau terma dan syarat,saya menyedari,bukan sahaja B.Melayu yang saya mula minat,malah ADII itu sendiri.

Melihatkan personaliti ADII yang menarik dan menolak perhatian itu,saya menjadi tertarik dan tertolak terhadapnya.Dia tenang dan berbudi bahasa,rajin dan menghormati orang tua.Mungkin kata sifat yang ditujukan kepada ADII agak hiperbola disitu,tetapi itu realitinya.*kenapa?anda dengki?hahah.

Walaubagaimanapun,saya mengetahui dan jelas bahawa ADII bukanlah seorang yang mudah didekati*malah saya tidak mahu pun mendekatinya.Menjadi pemerhati dan pengkagum ADII sudah mencukupi bagi saya.Saya menjadikan ADII sebagai salah satu rujukan untuk saya sentiasa bersifat sabar.Saya tidak menipui,saya sangat mengagumi ADII.

Sekalipun ADII tidak mengetahui bahawa dia menjadi antara contoh yang baik bagi saya,namun saya tetap ingin mengatakan,TERIMA KASIH ADII.Banyak yang saya pelajari dari anda.Selamat berjaya.Sekian,saya Nurul Amalina Binti Kamal melaporkan dari Rumah.Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment